Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Oleh : Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

 

Pendahuluan:

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat  memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.

Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsure utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. (KPM, 2001)

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merujuk kepada struktur kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilaksanakan dalam konteks pendidikan bersepadu (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) yang meliputi semua komponen kurikulum (Bidang Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah: Akidah, Ibadah, Akhlak, Tamadun), amali solat dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan. Kesemua komponen kurikulum dan amali solat Pendidikan Islam KBSM adalah berlandaskan garis panduan pendidikan Islam seperti yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah serta pendekatan-pendekatan semasa yang bersesuaian.

Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kritis  

Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Selain itu, Mayer (1977) menyatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat “Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Selari denga itu, John Barell (1991) mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu; “…I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process ”

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran ialah proses penggunaan minda seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang.

Objektif kajian

  1. Mengenalpasti kekerapan guru Pendidikan Islam menggunakan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
  2. Mengenalpasti perspektif guru pendidikan Islam dalam penggunaan komputer dalam kelas.
  3. Mengenalpasti factor kekangan yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam kelas.
  4. Mengenalpasti kaedah yang digunakan

 

Metodologi kajian

Metodologi kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual. Pengkaji telah menemubual 6 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah yang terletak dalam kawasan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

Dapatan kajian

Jawapan bagi soalan “Berapa kalikah dalam sebulan  ustaz/ustazah menggunakan komputer dalam sesi P&P?”, seramai 3 orang daripada mereka tidak pernah menggunakan komputer dalam pengajaran mereka, seorang daripada mereka menggunakannya komputer sekali dalam tempoh sebulan. Seorang daripada mereka menggunakan sekali dalam tempoh seminggu. Manakala seorang lagi menggunakan komputer setiap kali mengajar.

Jawapan bagi soalan “Adakah ustaz/ustazah merasakan sesuatu yang mudah/susah menggunakan komputer dalam sesi P&P? Kenapa?” pula seorang daripada mereka berpendapat bahawa susah menggunakan komputer di kelas kerana tiada kemudahan komputer disediakan di dalam kelas. Dua orang daripada mereka berpendapat mudah untuk mengajar tetapi susah dalam membuat persediaan komputer. Seorang daripada mereka berpendapat mudah mengajar menggunakan komputer kerana membantu guru untuk memahamkan murid. Seorang daripada mereka berpendapat mudah mengajar jika menggunakan komputer kerana menjadikan pelajar lebih minat. Seorang daripada mereka berpendapat mudah menggunakan komputer di dalam pengajaran kerana beliau mengajar di dalam bilik yang telah tersedia komputer.

Jawapan bagi soalan “Apakah faktor yang menjadi kekangan untuk ustaz/ustazah menggunakan komputer semasa sesi P&P?”. Lima orang daripada mereka berpendapat faktor tempat yang terhad dan kekurangan peralatan seperti LCD, laptop menjadi kekangan bagi mereka menggunakan komputer dalam pengajaran. Manakala seorang daripada mereka berpendapat bahawa faktor masa menjadi kekangan menggunakan komputer dalam pengajaran.

Jawapan bagi soalan “Pada pendapat ustaz/ustazah, kenapa P&P yang menggunakan komputer dianggap berkesan ?”.

Tiga orang daripada mereka berpendapat pelajar menjadi tertarik melihat gambar dan mendengar suara dengan jelas serta mudah untuk mencari maklumat. Seorang daripada mereka berpendapat dapat menjimatkan masa. Seorang daripada mereka berpendapat bahawa pelajar akan menjadi mudah focus kepada pelajaran. Serta seorang daripada mereka berpendapat bahawa objektif pelajaran mudah tercapai.

Jawapan bagi soalan “KBKK dianggap sesuatu yang penting dalam penyampaian P&P, pada pandangan ustaz/ustazah kenapa?”. Jawapan yang diberi berbeza antara satu sama lain, iaitu;

  1. Dapat membantu pelajar memahami pelajaran dan menyelesaikan masalah.
  2. Melatih pelajar mencari idea yang bernas dan sentiasa bersedia dengan soalan peperiksaan sebenar.
  3. Mencungkil pengetahuan pelajar serta meransang pelajar untuk berfikir.menggalakkan pelajar berfikir.
  4. Supaya pelajar berfikiran terbuka
  5. Membantu pelajar berfikir

 

Jawapan bagi soalan “Bagaimanakah ustaz/ustazah menerapkan KBKK dalam penyampaian P&P?”. 4 orang daripada mereka memberikan jawapan perbanyakkan bertanya soalan. Manakala selebihnya menjawab dengan menyelitkan KBKK dalam penerangan dan soalan latihan dan seorang lagi dengan melatih pelajar mencari idea bernas dan sentiasa bersedia menjawab soalan peperiksaan

Jawapan bagi soalan “Bagaimanakah cara ustaz/ustazah mengintegrasikan kemahiran KBKK & penggunaan Komputer dalam P&P Pendidikan Islam?”. Tiga orang daripada mereka memberikan jawapan dengan memasukkan elemen KBKK dalam pembentangan pelajar menggunakan komputer. Seorang daripada mereka memberikan jawapan dengan mengadakan sesi perbincangan. Manakala baki dua orang daripada mereka memberikan jawapan tidak pernah melaksanakannya.

Rumusan:

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam pada tahap yang rendah keranan terdapat 3 daripada 6 orang guru Pendidikan Islam tidak pernah mengunakan komputer dalam pegajaran mereka. Sebaliknya mereka kerap mengunakan KBKK dalam pengajaran. Perkara ini terjadi kerana kemudahan komputer tidak dimencukup sedangkan masa pengajaran dilaksanakan kebanyakannya serentak.

Kajian ini juga mendapati semua guru Pendidikan Islam berpandangan bahawa penggunaan komputer amat berkesan dalam pengajaran mereka. Mereka juga berpendapat bahawa penerapan unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif merupakan perkara yang penting di dalam pengajara dan pembelajaran kerana Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dapat membantu pelajar memahami pelajaran dan menyelesaikan masalah, melatih pelajar mencari idea yang bernas dan sentiasa bersedia dengan soalan peperiksaan sebenar, mencungkil pengetahuan pelajar serta meransang pelajar untuk berfikir, menggalakkan pelajar berfikir serta supaya pelajar berfikiran terbuka.

Kesimpulannya, pengintegrasian penggunaan komputer dengan unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif  mempunyai hubungan rapat dalam usaha menarik minat serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.


Rujukan:

 

Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston.

Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company.

De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books.

Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon.

Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Lampiran 1

 

Mini Kajian Mengenai Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

 

Soalan temubual:

  1. Berapa kalikah dalam sebulan  ustaz/ustazah menggunakan komputer dalam sesi P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Adakah ustaz/ustazah merasakan sesuatu yang mudah/susah menggunakan komputer dalam sesi P&P? Kenapa?

______________________________________________________________________________

  1. Apakah faktor yang menjadi kekangan untuk ustaz/ustazah menggunakan komputer semasa sesi P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Pada pendapat ustaz/ustazah, kenapa P&P yang menggunakan komputer dianggap berkesan ?

______________________________________________________________________________

  1. KBKK dianggap sesuatu yang penting dalam penyampaian P&P, pada pandangan ustaz/ustazah kenapa?

______________________________________________________________________________

  1. Bagaimanakah ustaz/ustazah menerapkan KBKK dalam penyampaian P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Bagaimanakah cara ustaz/ustazah mengintegrasikan kemahiran KBKK &penggunaan Komputer dalam P&P Pendidikan Islam?

______________________________________________________________________________

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s