ADAB BERKUMPULAN

ADAB BERKUMPULAN

 Kebiasaannya, seseorang yang mempunyai persamaan dengan orang lain mudah untuk membentuk kumpulan mereka.

 Sabda Rasulullah s.a.w.

 “Tidak terdapat tiga orang yang mendiami sebuah kampung atau pedalaman yang tidak didirikan jama’ah melainkan mereka telah dikuasai oleh syaitan. Maka hendaklah kamu berjamaah. Sesungguhnya serigala hanya makan kambing yang bersendirian”.

 

Oleh itu, agama Islam menggalakkan umatnya mematuhi peraturan dan mengamalkan adab-adab dalam pergaulan, terutamanya ketika berkumpul dalam majlis.

 

ADAB-ADAB

1.  Digalakkan memperbanyakkan ahli kumpulan.

2.  Tidak boleh membeza-bezakan antara ahli kumpulan seperti antara kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai.

3.  Bukan bertujuan tidak baik atau kesesatan.

 Sebagaimana  Sabda Rasulullah s.a.w.

“Dua orang lebih baik dari seorang, tiga orang lebih baik dari dua orang, dan empat orang lebih baik dari tiga orang. Tetaplah kamu dalam jemaah (kumpulan). Sesungguhnya Allah ‘Azza Wajalla tidak akan menyatukan umatku kecuali dalam petunjuk (hidayah).”

(H.A. Abu Dawud)

 4.  Melakukan aktiviti yang tidak melalaikan, menyesatkan atau maksiat.

 Sebagaimana  Sabda Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah R.A. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Suatu kaum tidak duduk dalam suatu tempat untuk berzikir kepada Allah, kecuali mereka dikelilingi oleh para malaikat dan diliputi rahmat, dan Allah menyebut mereka termasuk orang-orang yang ada di dekat-Nya.´

(H.R. Muslim)

 5.  Saling ingat mengingati atau nasihat antara satu sama lain.

6.  Sedia untuk dinasihati dan menasihati.

 Sebagaimana  Sabda Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Hurairah R.A. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

Seorang mukmin adalah cermin bagi saudaranya yang mukmin.´

(H.R. Abu Dawud)

 7.   Memelihara ketenteraman awam.

8.   Berkumpul pada masa yang sesuai.

9.   Elakkan dari amalan melepak dan membuang masa.

10. Berpakaian sopan dan menutup aurat.

11. Memelihara percakapan, pendengaran, dan tingkah laku daripada perhara-perkara yang haram.

 Sebagaimana  Sabda Rasulullah s.a.w.

Dari Abu Said al-Khudry R.A. bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Jauhkanlah dirimu untuk suka duduk di jalan-jalan.”

Mereka (para sahabat) berkata: “Wahai Rasulullah, itu hanyalah sebahagian dari tempat duduk kami, di mana kami biasa berbincang-bincang di sana”.

Baginda menjawab: “Jika kalian menolak, maka berilah hak kepada jalan”.

Mereka (para sahabat) bertanya: “Apakah haknya?”.

Baginda bersabda: “Menundukkan pandangan, tidak mengganggu, menjawab salam, menyuruh kepada kebaikan, dan melarang kemungkaran.”

(H.R. Muttafaq Alaihi

 12. Menghormati ahli dalam kumpulan.

13. Menjaga akhlak, mudah mesra dan dimesrai serta banyak memberi manfaat kepada ahli kumpulan.

 Sebagaimana  Sabda Rasulullah s.a.w.

“Sesungguhnya orang yang paling hampir dengan tempatku di kalangan kamu ialah yang paling cantik akhlaknya, mereka menghormati orang lain dan mereka senang bermesra dan dimesrai. Orang Mukmin itu ialah yang mudah mesra dan dimesrai, dan tiada kebaikan pada mereka yang tidak boleh bermesra dan dimesrai. Dan sebaik-baik manusia ialah yang banyak memberi manfaat kepada manusia.” (H.R. Al Hakim dan Al Baihaqi) 

 

Adab bertemu dan berpisah

1.   Selalu bersama-sama orang yang baik dan soleh.

2.   Mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri pertemuan dengan TasbihKafarah dan Surah Al-Asr

3.   Niat bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah

4.   Ambil tempat dimana yang kosong dan jangan melangkah orang lain untuk duduk dihadapan.

5.   Jangan duduk di bahagian tengah dimana orang lain membuat bulatan.

6.   Jangan mengambil tempat orang jika dia keluar sebentar sahaja.

7.   Jika dua orang duduk berhampiran dan sedang berbual, maka janganlah kita terusduduk di antara mereka tanpa mendapat izin mereka.

8.   Biarkan hanya seorang sahaja yang berbicara dalam sesebuah pertemuan danelakkan dari mencelah akan ucapannya.

9.   Ucapkan salam apabila masuk didalam perkumpulan.

10. Sekiranya bertemu dengan mana-mana Muslim maka ucapkanlah salam danberjabat tangan.

11. Senyumlah pada mereka apabila bertemu

12. Jangan masuk ke rumah orang tanpa izin, dan berdirilah jauh sedikit daripadapintu selepas mengetuk pintu.

13. Jika bertemu berlainan jantina, maka patuhilah syariat dan batas-batas yangditetapkan oleh Allah.

 

Faedah beradab ketika berkumpulan

Dengan membentuk kumpulan,

1.  Dapat menjauhi perkara yang merbahaya.

2.  Dapat menerapkan amalan bantu membantu.

3.  Dapat bertukar-tukar fikiran

4.  Mendapat ilmu

5.  Mengeratkan silatur rahim

6.  Menghasilkan sesuatu yang bermanfaat

7.  Dicontohi oleh masyarakat

8.  Bijak mengurus masa

Advertisements
Posted in Uncategorized | Leave a comment

Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Di Dalam Al-Quran

Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

Pendahuluan:

Di dalam bahasa Arab, perkataan  berfikir merujuk kepada kalimah tafakkur. Seorang ulama bahasa Arab, al-Fairuzabadi menerangkan al-fikr (berfikir) sebagai tindak balas fikiran seseorang

al-fikr  dan al-tafakkur membawa makna yang sama maksud. Ibnu al-Manzur pula mencadangkan kalimah tafakkur sebagai al-tafkir. Manakala al-Jauhari mendefinisikan tafakkur sebagai mendiamkan diri sambil berfikir.

Terdapat beberapa kalimah yang membawa maksud berfikir yang terdapat di dalam al-Quran. Malik Badri, seorang pakar psikologi Islam mendefinasikan tafakkur sebagai perkataan yang mempunyai maksud yang lebih mendalam berbanding kalimah tafkir. Tafakkur menjadi penghubung yang dipanggil sebagai ‘Itibar  dalam kehidupan manusia dengan pencipta mereka. Oleh itu, tafakkur juga boleh dianggap sebagai pemberi motivasi kepada orang-orang yang beriman untuk terus beriman kepada Allah..

Hakikatnya, Islam amat menggalakkan umatnya berfikir. Malik Badri, mengkategorikan tiga peringkat Tafakkur iaitu;

  1. Memberi konsep kepada sesuatu idea atau maklumat.
  2. Menumpukan perhatian terhadap sesuatu idea atau maklumat tersebut.
  3. Membawa kepada memikirkan tentang Allah sebagai Pencipta yang Maha Agung serta menghasilakan iman yang kuat.

 

Sehubungan itu, tafakkur juga merupakan ibadah dan mendapat pahala dengan syarat ianya bergantung kepada keikhlasan dan niat seseorang. Bahkan, Abbas Al-Aqad melihat bahawa berfikir di dalam Islam merupakan perkara yang wajib dilaksanakan oleh setiap umat Islam.

Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kritis  

Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Selain itu, Mayer (1977) menyatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat “Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Selari denga itu, John Barell (1991) mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu; “…I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process ”

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran ialah proses penggunaan minda seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang.

Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif di dalam al-Quran

Terdapat beberapa istilah yang digunakan di dalam al-Quran yang merujuk kepada makna berfikir, antaranya ialah; tafakkur, ta’akul, ta’abbur, tazakkur dan tadabbur. Manakala terdapat juga istilah asalnya sebagai pancaindera tetapi yang membawa umat Islam supaya berfikir, antaranya ialah bashara, nadzara dan sami’a.

tafakkur (memikirkan)

 “Katakanlah : “Aku tidak mengatakan kepadamu, bahawa perbendaharaan Allah ada padaku. Dan tidak aku mengetahui perkara ghaib, dan aku tidak juga menngatakan bahawa aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepada ku”. Katakanlah : ”Apakah sama orang yang buta dengan orang yang melihat?” maka apakah kamu tidak memikirkannya. (Al-An’am : 50)

ta’akul (mengguna akal)

“Mengapakah kamu suruh orang lain berbuat baik, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu mengguna akal ”.

(Al-Baqarah : 44)

ta’abbur (memerhati dengan teliti)

“…maka ambillah pengajaran wahai orang yang mempunyai pandangan”. (Al-Hasyr : 2)

tazakkur (mengambil peringatan)

“”Dan dia dibantah oleh kaumnya. Dia berkata” Apakah kamu hendak membantahku tentang Allah, padahal sesungguhnya Allah telah memberi petunjuk kepadaku.” Dan aku tidak takut kepada (malapetaka dari) sembahan yang kamu persekutukan dengan Allah kecuali di kala Tuhanku menghenddaki sesuautu (dari malapetaka) itu. Pengetahuan Tuhanku meliputi segala sesuatu. Maka apakah kamu tidak mengambil peringatan?” (Al-An’am : 80)

tadabbur (mempertimbangkan)

“Maka apakah mereka tidak memerhatikan al-Quran? Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari Allah, tentulah mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalam al-Quran ” (An-Nisa’ : 82)

bashara (memperhatikan)

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan bahawa Kami menghalau (awan yang mengandungi) air ke bumi yang tandus, lalu kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman yang daripadanya menjadi makanan binatang ternakan dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan”. (As-Sajdah : 27)

nadzara (melihat)

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia diciptakan”. (Al-Ghasyiah : 17)

sami’a (mendengar).

“dan apakah tidak menjadi petunjuk bagi mereka, beberapa banyak umat sebelum mereka yang telah Kami binasakan sedangkan mereka sendiri berjalan di tempat-tempat kediaman mereka itu. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah). Maka apakah mereka tidak mendengar?”

(As-Sajdah : 26)

Unsur-unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif

Selain itu, terdapat juga unsur-unsur KBKK yang terdapat di dalam al-Quran. Antaranya adalah seperti berikut;

Unsur membanding dan membeza

“… Katakanlah “Adakah sama keadaan orang yang buta dengan orang yang melihat?”(Al-An’am : 50).

“Perbandingan antar a dua golongan (orang kafir dan orang beriman) seperti keadaan orang yang buta dan pekak dengan orang yang melihat dan mendengar, adakah sama kedua-duanya? Adakah kamu tidak mengambil pengajaran?”(Hud : 24)

Unsur membuat kategori

Di dalam surah Al-Baqarah, Allah telah mengkategorikan manusia kepada beberapa golongan, iaitu; golongan orang beriman kepada kitab yang telah diturunkan, beriman kepada perkara-perkara ghaib, beriman kepada hari akhirat, mendirikan solat serta menunaikan zakat. Mereka ini adalah golongan yang mendapat petunjuk dan kejayaan. (Al-Baqarah : 1-5).

Manakala, golongan orang kafir pula ialah orang yang tidak beriman sama ada telah diberi peringatan atau tidak. Ini kerana hati, pendengaran dan peglihatan orang yang kafir telah ditutup oleh Allah untuk menerima kabaikan. Bagi mereka disediakan azab yang pedih diakhirat.(Al-Baqarah : 6-7).

Manakala, bagi golongan munafik pula mereka berpura-pura beriman kepada Allah dan hari akhirat. Mereka hendak menipu Allah dan orang beriman. Tetapi sebenarnya mereka sedang menipu diri mereka sendiri. Perkara ini terjadi kerana di dalam hati mereka terdapat penyakit hati. Kemudian Allah tambahkan lagi penyakit tersebut. Bagi mereka juga disediakan balasan azab yang pedih kerana pembohongan mereka.(Al-Baqarah : 7-16)

Unsur menerangkan sebab

“Mereka bertanya kepadamu tentang arak dan judi. Katakanlah: “pada keduanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat. Tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaat yang ada…”” (2 : 219)

Unsur menentukan sumber yang dipercayai

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpa musibah kepada sesuatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu” (49:6)

Unsur mencipta analogi dan mencipta metafora

“Allah membuat perumpamaan dengan seorang hamba abdi yang dimiliki yang tidak berdaya melakukan sesuatu dan seorang yang Kami beri rezeki yang baik. Lalu ia menafkahkan sebahagian rezeki itu secara sembunyi dan secara terang-terangan. Adakah mereka itu sama? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya”(An-Nahl : 75)

Mereka bertanya tentang perang di bulan Haram. Katakanlah : “Berperang dalam bulan haram itu berdosa besar. Tetapi menghalang manusia dari jalan Allah dan Kafir kepada Allah lebih besar, (menghalang manusia) ke Masjidil Haram dan menghalau penduduk sekitarnya lebih besar dosanya disisi Allah….”(Al-Baqarah : 217)

Unsur membuat keputusan

“Maka disebabkan rahmat dari Allahlah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras dan berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang yang bertawakkal” (3:159)

Rumusan:

Kesimpulannya, terdapat terlalu banyak ayat al-Quran yang menerangkan tentang berfikir dan galakann berfikir. Ilmu yang terdapat di dalam al-Quran tidak akan dapat dihabiskan kerana ianya bersifat mukjizat sepanjang zaman. Walaupun Islam menggalakkan umatnya supaya berfikir sebagaimana yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis, tetapi Islam juga membataskan umatnya daripada berfikir tentang zat Allah. Malahan Allah sentiasa menyuruh umatnya berfikir tentang penciptaannya kerana daripada situ kita akan dapat mengenal dan mengagungkan pencipta kita iaitu Allah s.w.t.

Sebagaimana hadis daripada Ibn Abbas r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Fikirkanlah mengenai segala apa jua yang diciptakan Allah, tetapi janganlah kamu memikirkan tentang zat Allah. …” (H.R. Abu al-Sheikh). Berdasarkan hadis ini menunjukkan bahawa nabi Muhammad s.a.w. sendiri menggalakkan umatnya berfikir, apatah lagi kita sebagai hambanya haruslah menggunakan akal fikiran yang Allah anugerahkan ini untuk berfikir dan membina idea-idea yang baik dan bernas secara kritis dan kreatif dan kita manfaatkan bersama sesama manusia yang lain.


Rujukan:

Al-Quran Al-Karim

Al Hamshy. Muhammad Hasan. (tt). Quran Karim, tafsir Wa Bayan Ma’a Asbab An-Nuzul Lil Sayuthi. Beirut: Dar Al-Rasyid

Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston.

Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company.

De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books.

Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC.

Ibnu Kathir. (1970). Tafsir Al-Quran Al-‘Azim. Beirut: Dar Al-Fikr.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon.

Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis Dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Oleh : Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

 

Pendahuluan:

Kemahiran berfikir (KB) telah lama diperkenalkan dalam pengajaran dan pembelajaran dan dikenali sebagai kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK). Beberapa dokumen khusus bagi memantapkan pelaksanaan KB telah dihasilkan untuk beberapa mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Sains, Bahasa Inggeris, Pendidikan Seni, dan Kajian Tempatan. Namun pelaksanaan ini masih belum mantap dan kurang diberi penekanan. Pendedahan yang berterusan dan sistematik diperlukan agar guru dapat  memperluas pelaksanaan KB dalam pengajaran dan pembelajaran semua mata pelajaran.

Penerapan KB dalam pengajaran dan pembelajaran amat penting selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan negara ke arah K-ekonomi. Dalam kurikulum KBSR dan KBSM yang disemak semula, KB adalah antara unsure utama yang diberikan penekanan dan dinyatakan secara tersurat. (KPM, 2001)

Pendidikan Islam

Pendidikan Islam merujuk kepada struktur kurikulum mata pelajaran Pendidikan Islam yang dilaksanakan dalam konteks pendidikan bersepadu (Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah) yang meliputi semua komponen kurikulum (Bidang Tilawah al-Quran dan Ulum Syariah: Akidah, Ibadah, Akhlak, Tamadun), amali solat dan aktiviti kokurikulum yang berkaitan. Kesemua komponen kurikulum dan amali solat Pendidikan Islam KBSM adalah berlandaskan garis panduan pendidikan Islam seperti yang telah digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah serta pendekatan-pendekatan semasa yang bersesuaian.

Konsep Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kritis  

Menurut George (1970) dalam Som dan Mohd Dahalan (1993) menyatakan bahawa pemikiran ialah suatu proses penyelesaian masalah dan perlakuan semula jadi yang kompleks. Sementara Edward de Bono (1976) pula menyatakan pula terdapat perkaitan antara kemahiran berfikir dengan pemikiran lateral yang membawa maksud bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah, malahan juga berfikir untuk melihat sesuatu berdasarkan pelbagai perspektif bagi menyelesaikan masalah.

Selain itu, Mayer (1977) menyatakan bahawa kemahiran berfikir sebagai proses operasi-operasi mental tertentu yang berlaku dalam minda atau system kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. Manakala, Chaffee (1988) pula berpendapat bahawa kemahiran berfikir ialah proses luar biasa yang digunakan dalam proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Vincent Ryan Ruggiero (1984) pula berpendapat “Thinking is any mental activity that helps formulate or solve a problem, make a decision, or fulfil a desire to understand. It is a searching for answers, a reaching for meaning.” Selari denga itu, John Barell (1991) mendefinasikan kemahiran berfikir iaitu; “…I define thinking as a search for meaning and understanding that can involve tha anventurous generation of options, the attempt to arrive at logical, reasonable judgements, and reflection on the process ”

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran ialah proses penggunaan minda seseorang di dalam usaha memahami, mencari makna, penerokaan idea atau ciptaan, membuat keputusan, menyelesaikan masalah terhadap perkara yang dilalui oleh seseorang.

Objektif kajian

  1. Mengenalpasti kekerapan guru Pendidikan Islam menggunakan komputer dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran.
  2. Mengenalpasti perspektif guru pendidikan Islam dalam penggunaan komputer dalam kelas.
  3. Mengenalpasti factor kekangan yang mempengaruhi penggunaan komputer dalam kelas.
  4. Mengenalpasti kaedah yang digunakan

 

Metodologi kajian

Metodologi kajian ini menggunakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah temubual. Pengkaji telah menemubual 6 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah yang terletak dalam kawasan Sungai Besi, Kuala Lumpur.

 

Dapatan kajian

Jawapan bagi soalan “Berapa kalikah dalam sebulan  ustaz/ustazah menggunakan komputer dalam sesi P&P?”, seramai 3 orang daripada mereka tidak pernah menggunakan komputer dalam pengajaran mereka, seorang daripada mereka menggunakannya komputer sekali dalam tempoh sebulan. Seorang daripada mereka menggunakan sekali dalam tempoh seminggu. Manakala seorang lagi menggunakan komputer setiap kali mengajar.

Jawapan bagi soalan “Adakah ustaz/ustazah merasakan sesuatu yang mudah/susah menggunakan komputer dalam sesi P&P? Kenapa?” pula seorang daripada mereka berpendapat bahawa susah menggunakan komputer di kelas kerana tiada kemudahan komputer disediakan di dalam kelas. Dua orang daripada mereka berpendapat mudah untuk mengajar tetapi susah dalam membuat persediaan komputer. Seorang daripada mereka berpendapat mudah mengajar menggunakan komputer kerana membantu guru untuk memahamkan murid. Seorang daripada mereka berpendapat mudah mengajar jika menggunakan komputer kerana menjadikan pelajar lebih minat. Seorang daripada mereka berpendapat mudah menggunakan komputer di dalam pengajaran kerana beliau mengajar di dalam bilik yang telah tersedia komputer.

Jawapan bagi soalan “Apakah faktor yang menjadi kekangan untuk ustaz/ustazah menggunakan komputer semasa sesi P&P?”. Lima orang daripada mereka berpendapat faktor tempat yang terhad dan kekurangan peralatan seperti LCD, laptop menjadi kekangan bagi mereka menggunakan komputer dalam pengajaran. Manakala seorang daripada mereka berpendapat bahawa faktor masa menjadi kekangan menggunakan komputer dalam pengajaran.

Jawapan bagi soalan “Pada pendapat ustaz/ustazah, kenapa P&P yang menggunakan komputer dianggap berkesan ?”.

Tiga orang daripada mereka berpendapat pelajar menjadi tertarik melihat gambar dan mendengar suara dengan jelas serta mudah untuk mencari maklumat. Seorang daripada mereka berpendapat dapat menjimatkan masa. Seorang daripada mereka berpendapat bahawa pelajar akan menjadi mudah focus kepada pelajaran. Serta seorang daripada mereka berpendapat bahawa objektif pelajaran mudah tercapai.

Jawapan bagi soalan “KBKK dianggap sesuatu yang penting dalam penyampaian P&P, pada pandangan ustaz/ustazah kenapa?”. Jawapan yang diberi berbeza antara satu sama lain, iaitu;

  1. Dapat membantu pelajar memahami pelajaran dan menyelesaikan masalah.
  2. Melatih pelajar mencari idea yang bernas dan sentiasa bersedia dengan soalan peperiksaan sebenar.
  3. Mencungkil pengetahuan pelajar serta meransang pelajar untuk berfikir.menggalakkan pelajar berfikir.
  4. Supaya pelajar berfikiran terbuka
  5. Membantu pelajar berfikir

 

Jawapan bagi soalan “Bagaimanakah ustaz/ustazah menerapkan KBKK dalam penyampaian P&P?”. 4 orang daripada mereka memberikan jawapan perbanyakkan bertanya soalan. Manakala selebihnya menjawab dengan menyelitkan KBKK dalam penerangan dan soalan latihan dan seorang lagi dengan melatih pelajar mencari idea bernas dan sentiasa bersedia menjawab soalan peperiksaan

Jawapan bagi soalan “Bagaimanakah cara ustaz/ustazah mengintegrasikan kemahiran KBKK & penggunaan Komputer dalam P&P Pendidikan Islam?”. Tiga orang daripada mereka memberikan jawapan dengan memasukkan elemen KBKK dalam pembentangan pelajar menggunakan komputer. Seorang daripada mereka memberikan jawapan dengan mengadakan sesi perbincangan. Manakala baki dua orang daripada mereka memberikan jawapan tidak pernah melaksanakannya.

Rumusan:

Berdasarkan hasil dapatan kajian ini, menunjukkan bahawa penggunaan komputer dalam kalangan guru-guru Pendidikan Islam pada tahap yang rendah keranan terdapat 3 daripada 6 orang guru Pendidikan Islam tidak pernah mengunakan komputer dalam pegajaran mereka. Sebaliknya mereka kerap mengunakan KBKK dalam pengajaran. Perkara ini terjadi kerana kemudahan komputer tidak dimencukup sedangkan masa pengajaran dilaksanakan kebanyakannya serentak.

Kajian ini juga mendapati semua guru Pendidikan Islam berpandangan bahawa penggunaan komputer amat berkesan dalam pengajaran mereka. Mereka juga berpendapat bahawa penerapan unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif merupakan perkara yang penting di dalam pengajara dan pembelajaran kerana Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dapat membantu pelajar memahami pelajaran dan menyelesaikan masalah, melatih pelajar mencari idea yang bernas dan sentiasa bersedia dengan soalan peperiksaan sebenar, mencungkil pengetahuan pelajar serta meransang pelajar untuk berfikir, menggalakkan pelajar berfikir serta supaya pelajar berfikiran terbuka.

Kesimpulannya, pengintegrasian penggunaan komputer dengan unsur Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif  mempunyai hubungan rapat dalam usaha menarik minat serta mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.


Rujukan:

 

Beyer, B.K. (1991) Developing a Thinking Skills Program. Allyn and Bacon, Boston.

Chaffee, J. (1988). Thinking Critically. Boston: Houghton Mifflin Company.

De Bono, E. (1976). Teaching Thinking. England: Penguin Books.

Fraenkel, J.R. (1980). Helping Students Think and Value: Strategies for Teaching the Social Studies. Englewood Cliffs,. New Jersey: Prentice-Hall, INC.

Kementerian Pendidikan Malaysia. 2001. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mayer, B. (1983). Thinking, Problem Solving, Cognition. New York: Allyn Bacon.

Som Hj Nor dan Mohd Dahalan Ramli. (1993). Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif – Pengenalan Am. Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Lampiran 1

 

Mini Kajian Mengenai Pengintegrasian Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif Dengan Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan Islam

 

Soalan temubual:

  1. Berapa kalikah dalam sebulan  ustaz/ustazah menggunakan komputer dalam sesi P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Adakah ustaz/ustazah merasakan sesuatu yang mudah/susah menggunakan komputer dalam sesi P&P? Kenapa?

______________________________________________________________________________

  1. Apakah faktor yang menjadi kekangan untuk ustaz/ustazah menggunakan komputer semasa sesi P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Pada pendapat ustaz/ustazah, kenapa P&P yang menggunakan komputer dianggap berkesan ?

______________________________________________________________________________

  1. KBKK dianggap sesuatu yang penting dalam penyampaian P&P, pada pandangan ustaz/ustazah kenapa?

______________________________________________________________________________

  1. Bagaimanakah ustaz/ustazah menerapkan KBKK dalam penyampaian P&P?

______________________________________________________________________________

  1. Bagaimanakah cara ustaz/ustazah mengintegrasikan kemahiran KBKK &penggunaan Komputer dalam P&P Pendidikan Islam?

______________________________________________________________________________

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pendidikan Islam di Zaman Khulafa’ Al-Rasyidin

Oleh: Mohammad Syukor Mohammad Ghulam

ABSTRACT

Khulafa’ Al-Rasyidin were good companies of Rasullullah s.a.w. who inherited his traits. They were not only took over the throne of Islam after Rasulullah s.a.w., but they also continued his efforts in spreading Islam and arranged the Islamic educational systems brought by Rasulullah s.a.w. Therefore, Islamic educational systems during the years of Khulafa’ Al-Rasyidin will be thoroughly discussed in this article. It includes its objectives, contents, syllabus, educational resources and institutions and teachers.

ABSTRAK

Khulafa’ Al-Rasyidin merupakan sahabat Rasulullah s.a.w. yang mewarisi risalah baginda. Mereka bukan sahaja mewarisi pemerintahan Islam yang diasaskan oleh Rasulullah, bahkan meneruskan segala usaha baginda di dalam menyebarkan Islam serta menyusun sistem pendidikan Islam yang dibawa oleh baginda. Oleh itu, system pendidikan Islam semasa zaman Khulafa’ Al-Rasyidin akan dibincangkan di dalam kertas ini. Ianya mengandungi ibjektif, isi kandungan, sukatan  pelajaran, sumber-sumber dan institusi-institusi pendidikan serta golongan tenaga pengajar.

Continue reading

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Posted in Uncategorized | 1 Comment